homestay draceana suite

untuk sebarang pertanyaan&tempahan boleh kol/whatsapp 0196182460 atau 0196195321.. FB: Homestay Puncak Alam Draceana Suite..insta: homestay puncak alam draceana.. Terima Kasih kerana menginap di Homestay Kami......

Alamat kami : blok Draceana Residensi Warnasari 2 Jalan Warnasari 13/1 seksyen 13 Bandar Puncak Alam. Atau klik di sini untuk Maps

Monday, 20 March 2017

HOMESTAY DRACEANA'S PUNCAK ALAM RULES

SYARAT-SYARAT PENGINAPAN DI
HOMESTAY DRACEANA’S SUITE 


Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.

1.                  MASA DAFTAR MASUK (CHECK IN) & DAFTAR KELUAR (CHECK OUT)

a.                  Masa daftar masuk (check in): 3.00pm
b.                  Masa daftar keluar (check out): 12.00pm

[Pelanggan yang berhasrat untuk daftar masuk atau daftar keluar selain dari masa yang ditetapkan adalah bergantung kepada budi bicara pihak kami dan aturan keluar masuk pelanggan lain]

2.                   BAYARAN HOMESTAY DAN ‘SECURITY FEES’

Setiap pelanggan yang berhasrat untuk menginap di HOMESTAY DRACEANA’S SUITE perlu menjelaskan bayaran penuh termasuk ‘security fees’ kepada pihak kami sewaktu daftar masuk berjumlah RM 50/malam. Caj pada ‘Security Fees’ akan dikenakan jika terdapat kekotoran dan kerosakan di homestay.

3.                   TEMPAHAN, PEMBATALAN DAN PINDAAN TARIKH

a.                  Sebarang tempahan awal boleh dibuat dengan menghubungi pihak kami dan kami akan menerima tempahan tersebut bergantung kepada kekosongan pada tarikh yang ditempah. Pembayaran perlulah dilakukan semasa tempahan dan resit transaksi perlu dikemukakan sebagai bukti pembayaran.
b.                  Sebarang pembatalan hendaklah dilakukan selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum tarikh kemasukan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan bayaran deposit tidak akan dipulangkan.
c.                   Sebarang perubahan tarikh oleh pelanggan hendaklah bergantung kepada budi bicara dan kekosongan HOMESTAY DRACEANA’S SUITE.

4.                   BARANGAN DI DALAM HOMESTAY

a.                   Semua peralatan dan perabot di HOMESTAY DRACEANA’S SUITE  ini merupakan hak milik homestay ini. Sila gunakan dengan dengan berhemah untuk kesenangan bersama.
b.                  Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sekiranya anda tiada di dalam homestay atau tidak digunakan.
c.                   Dilarang mengubah atau mengalihkan perabot yang terdapat di dalam homestay ini dan kebersihan homestay hendaklah di jaga sepanjang masa. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda mendaftar keluar.
d.                  Sebarang kerosakan dan kehilangan barangan homestay ini hendaklah diganti oleh pelanggan.
e.                  SILA laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Security Fees (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.

5.                   PENGGUNAAN DAPUR

a.                   Peralatan yang disediakan di dapur boleh digunakan oleh pelanggan.
b.                  Dibenarkan untuk memasak tetapi kebersihan dapur hendaklah sentiasa dijaga.
c.                   Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
d.                  Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah.
e.                  Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
f.                    Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam homestay. (Minuman Keras/Alkohol dilarang sama sekali).
g.                   Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

6.                   SYARAT – SYARAT LAIN

a.                   Barangan – barangan terlarang seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain - lain yang dilarang oleh Pihak Berkuasa tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam homestay.
b.                  Pastikan kenderaan anda diletakkan dalam keadaan berhemah tanpa menganggu lalu lintas.
c.                   Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
d.                  Segala barangan peribadi anda adalah atas tangungjawab anda sendiri. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kehilangan barang berharga sepanjang anda menginap di sini.
e.                  Lokasi HOMESTAY DRACEANA’S SUITE  ini terletak di kawasan kejiranan. SILA jaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di Apartment ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.



**Sila tinggalkan premis ini dengan persekitaran/kualiti kebersihan bersama seperti semasa anda mula memasukinya (jika tidak menjadi kesulitan).


KERJASAMA ANDA AMAT KAMI HARGAI.


~ TERIMA KASIH ~

Daripada:
Pihak Pengurusan

HOMESTAY DRACEANA’S SUITE 

No comments:

Post a Comment